Friday, January 29, 2010

JANGAN JADI BEGINI..!

Harap tidak ada dikalangan kita yang jadi begini..akibatnya bukan saja memalukan diri sendiri tapi seluruh institusi keguruan terutama yang bergelar ustaz dan ustazah tidak lagi dipandang mulia...petikan berita ini dipetik dari harian metro bertarikh 29 Januari 2010 :

BANTING: Memalukan apabila seorang ustazah dan guru wanita di sebuah sekolah rendah di sini bergaduh sesama sendiri dengan disaksikan pelajar dan guru lain di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, ustazah berusia 40-an dan guru Matematik berusia 24 tahun dikatakan ‘bergusti’ selepas berlaku salah faham ketika berada di kantin sekolah. Difahamkan, guru muda terbabit terpaksa melarikan diri sambil dikejar sehingga ke padang sekolah sebelum ditampar dan bergelut dengan ustazah terbabit. Sumber berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada dendam ustazah berkenaan sejak setahun lalu selepas anaknya yang diajar guru terbabit dipukul dengan pembaris kerana melakukan kesalahan. Bagaimanapun katanya, tindakan guru itu menimbulkan perasaan tidak puas hati ustazah itu sehingga membawa kepada pergaduhan. “Guru muda itu dikatakan dikejar sehingga ke padang sekolah sebelum dia ditampar, dipukul dan bergelut dengan ustazah itu. “Insiden itu berlaku beberapa minit dan dipercayai turut disaksikan pelajar yang sedang melakukan aktiviti luar sebelum beberapa guru lain berjaya mententeramkannya,” katanya di sini, semalam. Difahamkan, kejadian itu kali pertama berlaku di sekolah berkenaan, bagaimanapun kejadian itu boleh menimbulkan implikasi negatif kerana ia disaksikan pelajar. Susulan kejadian itu, guru Matematik itu kemudian membuat satu laporan polis kira-kira jam 10 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat berhubung kejadian itu. Kedua-dua guru berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, bagaimanapun difahamkan mereka sudah dipanggil pentadbir sekolah untuk mendapatkan penjelasan mengenai kejadian itu kerana ia mula menjadi buah mulut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu. “Saya difahamkan kedua-dua guru terbabit pernah berselisih faham sebelum berlaku kejadian ini. “Bagaimanapun ia dapat dikawal dan diselesaikan secara baik oleh pihak sekolah,” katanya.

Semoga Allah memelihara kita semua dari semua sifat mazmumah dan diberi kekuatan untuk beramal dengan sifat mahmudah.InsyaAllah..Amin!

Wednesday, January 20, 2010

Tahniah..!


Tahniah diucapkan kepada Jaha kerana menerima kehadiran 'orang baru' sekali lagi dalam keluarganya. Isterinya selamat melahirkan seorang anak perempuan pada jam 9.55 pagi Rabu 20 Januari 2010 di Hospital Universiti kubang Kerian , Kelantan. Semoga dengan kelahiran anak keempatnya ini akan memberi lebih keceriaan dan rahmat didalam hidupnya..InsyaAllah. Berada dalam senarai menunggu selepas ini ialah saudara Pokya dan Seme ( Rosman ) masing-masing anak ke 3 dan ke 2. Mungkin ada lagi dikalangan sahabat yang menanti giliran 'tambah ahli' tetapi tidak sampai kepengetahuan kita.

Tahniah juga kepada saudari Sariza Satar yang telah berangkat ke Tanah Suci Mekah pada Isnin 18 januari lepas untuk mengerjakan umrah bersama suaminya. kami ucapkan slamat pergi dan selamat kembali, semoga dapat beramal ibadat dengan tenang sepanjang berada disana. Doakan kepada semua sahabat agar mendapat kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat.

Saturday, January 16, 2010

alkisah...( 1 )


Ingatkah anda...? panggilan kepada suhaimi ini dikalangan kita ialah Kumi. Ia bukan lah berasal dari gabungan nama Tengku Suhaimi atau Ku suhaimi kerana dia bukan berdarah raja. Tetapi gelaran itu didapatinya setelah dia dilantik menjadi ketua unit bagi kelas kita pada semester 2 (kalau tak silap..). KU adalah ringkasan daripada perkatan Ketua Unit jadi panggilan asal MI itu ditambah KU dihadapan menjadi KUMI sehinggalah sekarang gelaran itu kekal dikalangan kita. Yang peliknya, orang lain yang memegang jawatan yang sama tidak dapat atau lekat gelaran itu seperti Kudin (suding) atau Kumud ( mahmud). Mungkin keserasiannya kot..
Apa-apa pun harap 'kumi' terus berjaya dalam semua bidang yang diceburinya dan menerima 'title' yang kita bagi ini dengan rela. Selamat berbahagia di Lawas sana....

Sunday, January 10, 2010

Aktiviti Pakat

Setakat ini aktiviti pakat secara formal masih dalam perancangan dan pelaksanaan diperingkat awal. Pelopor dan perancang bagi Pakat ini ialah saudara Shamsudin ( Suding) dan saudara Azhar
( Jaha) . Langkah pertama yang telah diambil ialah mengadakan pertemuan secara tidak formal yang telah diadakan di Johor Bahru pada 25 Disember 2009 yang lalu yang dihadiri oleh Suding, Jaha, Zakaria ( Pokya), Halis dan Syhaman. Ahli lain tidak dapat menghadirkan diri atas sebab2 tertentu yang memerlukan lebih komitmen. Dapatan daripada hasil perbincangan tersebut akan dibentang oleh saudara Jaha disini nanti.

Namun..kalau sekadar aktiviti perjumpaan secara tidak formal boleh dikatakan tiap2 tahun terutama hujung tahun diadakan bagi ahli diwilayah timur terutamanya. Aktiviti ini dinamakan aktiviti 'make teh' dan diadakan dikedai atau warung yang sesuai dibeberapa daerah di Kelantan. Kadang2 di Kota Bharu, Machang, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Ketereh. Terbaru aktiviti make teh ini dibuat dikedai Ketereh dalam kawasan Ustaz Mie..(Ustaz Sahimi). Terima kasih kepada ustz Mie kerana belanja. InsyaAllah kalau ada masa kita buat lagi di Ketereh...he.he..

Yang hadir malam tu...Suhaimi (Kumi), Ustaz Mie, Suding, Jaha, Pokya, Badrul (sedikit terlindung) & Zaidi.

Wednesday, January 6, 2010

Salam perkenalan

Selamat datang ke blog PAKAT. Kenapa PAKAT? Pakat adalah gabungan perkataan 'pendidikan agama Islam' dan 'kajian tempatan'atau ringkasnya PA/KT tapi ditambah vokal A untuk sebutan yang berbunyi dan bermaksud.Perkataan PAKAT ini juga pernah digunakan oleh Ustaz Mohd Yaakob (salah seorang pensyarah) merujuk kepada kumpulan kelas pa/kt ini sewaktu di Batu Pahat. Oleh itu sewajarnyalah ia diabadikan. Blog ini diwujudkan untuk kegunaan ahli PAKAT iaitu ahli kelas pa/kt MPMK Johor Bahru tahun 97-2000. Harapan agar ianya menjadi satu wadah yang berguna untuk kita semua dalam menyambung dan mengeratkan terus tali silaturrahim antara kita semua.InsyaAllah..!

Ahli- ahli PAKAT...."sepakat membawa berkat".