Monday, July 25, 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wth..

Alhamdulillahirabbil'alamin..wabihi nasta'in...

Masih ada lagikah dikalangan sahabat dan ahli kita yang menjenguk blog ini? Alhamdulillah jika ada, andai tiada apa boleh buat. Masa yang berlalu sungguh pantas. Serasa baru sahaja merayakan aidilfitri yg lepas..sudah hampir berjumpa Ramadhan sekali lagi InsyaAllah.Untuk sekadar tazkirah kepada diri sendiri,apa asal dinamakan ramadhan? Asal dinamakan Ramadhan diambil dari perkataan 'arromdhu' yang bermakna bersangatan panas. Masyarakat arab apabila mereka hendak menamakan sesuatu, disesuaikan bulan tersebut dengan keadan yang berlaku pada bulan tersebut. Oleh kerana ketika hendak menamakan bulan Ramadhan itu keadaannya sangat panas, maka dinamakan bulan Ramadhan.

Apakah peristiwa penting yang berlaku didalam bulan ramadhan?
Antara peristiwa2 penting dibulan Ramadhan ialah :

1. Peperangan badar Kubro ( 17 Ramadhan, 2 hijrah)
2. Pembukaan Kota Mekah ( 10 Ramadhan,8 hijrah)
3. Sebahagian dari peristiwa peperangan tabuk ( 9 hijrah)
4. Tersebar luas Islam ke Yaman ( 10 hijrah)
5. Khalid al-Walid menghancurkan berhala al-uzza ( 8 hijrah)
6. Islamnya bani Thaqif dan menghancurkan berhala al-llata yg mereka sembah ( 9 hijrah)
7. Peristiwa Ain jalut iaitu tentera Monggol dikalahkan oleh Sultan Quthuz ( 15 Ramadhan 658 hijrah)
8. Pembukaan Andalus dibawah pimpinan Thoriq Bin Ziyad ( 28 ramadhan 96 hijrah).

Semoga sedikit sebanyak memberi maklumat kepada kita bersama.

Syukaran,Wa billahi taufiq wal hidayah..wassalamualaikum warahmatullah.